Monday 18 April 2011

PUAN ZAKIAH BAHAROM TERUS MENERAJUI DEWAN MUSLIMAT PAS KUALA KEDAH UNTUK SESI 2011/2013

KUALA KEDAH : Mesyuarat Agong Dewan Muslimat Pas Kuala Kedah menyaksikan Pn Zakiah Baharom kekal menerajui untuk sesi 2011/2013. Sementara itu, Pn Fatiah Yakkob dipilih sebagai Tim.Ketua dan Pn Aisyah Saad sebagai Naib ketua. Keputusan mengekal ke tiga-tiga pimpinan ini dibuat secara syura dengan dipengerusikan oleh ketua SPR, Hj Zaedi Raof.
Seramai kira-kira 250 perwakilan mewakili cawangan-cawangan menjalankan tanggungjawab membuang undi untuk pemilihan saf kepimpinan dmpkk untuk sesi 11/13.
8 orang jawatankuasa yang dipilih dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

1. Pn Suraini bt Hashim
2. Pn Salmah bt Ramli
3. Pn Sarina bt Ismail
4. Pn Mashitah bt Bakar
5. Pn Zuraina bt Hassan
6. Pn Aisyah bt Saad
7. Pn Zaiton bt Ismail
8. Pn Noriza bt Said

Mesyuarat Agong DMPKK kali ke-35 diadakan di dewan SRIDU dan dirasmikan oleh Ketua DMPNK, Yb  Ustz Siti Ashah bt Hj Ghazali.

Sunday 17 April 2011

NISA TERUS MENGORAK LANGKAH...PROGRAM DMPKK BERSAMA NISA DI GUNUNG JERAI








NISA PENYAMBUNG WARISAN PERJUANGAN





KUALA KEDAH : Dewan Muslimat PAS Kuala Kedah telah berjaya merealisasikan visi PAS Kawasan untuk menubuhkan 100 nisa' untuk satu kawasan. Pelancaran himpunan 100 nisa' tersebut telah berjaya diadakan di perkarangan Kampung tradisional, Gunung Keriang, Anak Bukit.

Monday 21 February 2011

PERUTUSAN SEMPENA MAULIDUR RASUL OLEH YB DATUK TN GURU HJ ABDUL HADI AWANG : PRESIDEN PAS

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan
dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesame manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang
menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti
memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak
selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama
manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum
minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi
ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak
perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi
keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan
Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya
berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat
Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang
menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang
rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.